Sunday 8 April 2012

PANAS : KALAU INGINKAN LAYANAN ISTIMEWA DARIPADA WANITA CHINA...BOLEHLAH BERKUNJUNG KE PULAU PINANG....





Hebat...dah lebih 10 kali kena serbu pun masih lagi beroperasi...agak-agaknya siapalah pemilik pusat hiburan ini..Masih mempunyai lesen hiburan untuk meneruskan perniagaannya...

Jika sekali serbu 17 wanita warga China dicekup...kalau 10 kali...dah 170 orang...wow ramai tu..Memang patutla pemilik pusat hiburan ini menjadi agen pembekal wanita warga China kepada pusat hiburan lain di Pulau Pinang untuk dijadikan GRO.

Kalau dikira, perniagaan pusat hiburan ini sememangnya memberikan pulangan yang sangat-sangat lumayan...Kalau tidak, mana mungkin pusat hiburan ini mampu bertahan walaupun dah berkali-kali diserbu..Bayangkan kos yang perlu ditanggung oleh pemilik pusat hiburan ini..Kos cukai hiburan & cukai arak yang perlu dibayar, saman yang perlu dibayar setiap kali serbuan dibuat dan kos membawa masuk wanita warga China untuk dijadikan GRO termasuk dengan penginapannya sekali dan banyak lagi...


Selagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberikan kerjasama kepada Pihak Polis dalam membantras kegiataan maksiat seperti ini, segala serbuan yang dibuat ternyata sia-sia, Serbuan yang dibuat hanya dapat menghalan untuk sementara waktu.  Pihak Kerajaan Negeri sepatutnya bertanggungjawab memberi arahan kepada PBT untuk menarik balik lesen hiburan yang dikeluarkan kepada premis tersebut jika mereka benar-benar mahu membantras gejala ini...


**sanggupkah pemimpin-pemimpin DAP di Pulau Pinang menutup periuk nasi mereka sendiri??

GEORGE TOWN: Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi. 


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. 



"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat. 



Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu. 



Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing. 



Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan. 



"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan. 



Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment